Salam 1Malaysia, pada minggu ini kuliah muzik tradisional berjalan seperti biasa. Banyak pengetahuan yang saya dapat dalam pembentangan ini. Kedatangan muzik india ke Malaysia telah melalui proses yg panjang . Muzik di India mendapat inspirasi dari pemujaan dewa dewi. Masyarakat India percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan seseorang yang pandai dalam seni muzik untuk menjadi seorang guru kepada masyarakat India.
Muzik di india terbahagi kepada dua iaitu utara India(Hindustani)yang mana utara India ini mendapat pengaruh dari islam dan alat muzik di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Muzi selatan India(karnatak) pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan mengekalkan gaya yang asli dan Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan.
Muzik berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat dan hanya mempunyai 3 not. Muzik india ini berkonsepkan melodi & iramanya berbeza dari muzik barat dari segi harmoni dan counterpoint. Muzik india interval yang lebih kecil dr semiton yang dinamakan sruti (microtone). Wakil tuhan ini akan meninggikan guru ( master/ guru), sebelum murid diterima sebagai murid, upacara khas akan diadakan. Penyampaian muzik india adalah secra oral. Muzik Vokal adalah seperti khayal( pemikiran @ imaginasi), Dhrupad ( struktur), Thumri( tarian). Instrument solo seperti Sitar, sarod, sarangi, esraj, dilruba(bowed) dan Instrument iringan nseperti tabla, harmonium, tambura .
Raga bermaksud warna atau suasan. Dalam muzik india terdapat beberapa jenis raga iaitu Male Raga untuk lelaki yang berkenaan keberanian, keteguhan, kemarahan serta kejantanan dan Female Raga untuk Perempuan ( Raginis) yang berkaiatan kasih sayang, cinta, kekecewaan, emosi dan terharu. Dalam muzik india juga terdapat Raga music seperti Terdapat 6 Jenis raga mengikut musim Bhaivaravi (Musim Panas ), Megha (Musim Hujan) , Pancham (Musim Luruh) , Naranarayan (Awal Musim Sejuk) , Sri (Musim Sejuk) dan Basant ( Musim Bunga ).
0 ulasan:
Post a Comment