Salam 1Malaysia kepada semua. Alhamdulillah pada minggu ke-12 ini kami diberi peluang untuk membentangkan tajuk kumpulan kami iaitu Opera Cina dan Po Te Hi. Manakala 1 kumpulan akhir yang membentangkan tajuk Muzik tradisional di Sabah dan Sarawak.
Pada minggu ini, kami telah membentangkan dengan agak jelas kerana bahan pembentangan yang kami cari adalah berdasarkan temu-ramah kami dengan seorang pensyarah tarian di Aswara iaitu Mr. Wong. Beliau telah menerangkan sejarah kedatangan, adab, pakaian, motif, alat muzik, pergerakan serta alat-alatan lain. Beliau memang banyak pengalaman di dalam bidang ini.
Sejarah Opera cina adalah berasal dari Negara China. Opera ini telah masuk ke Tanah Melayu melalui kemasukan buruh cina ke tanah Melayu. Warna Kostium dan topeng melambangkan makna yang baik dan jahat. Contohnya, topeng yang berwarna merah melambangkan kemarahan, warna hitam pula melambangkan kejahatan, dan banyak lagi. Opera ini terbahagi kepada 2 iaitu untuk golongan professional dan amatur.
Peralatan yang di gunakan dalam permainan opera adalah seperti erhu, pipa, gaohu, banhu, dan dalam konteks alat perkusi adalah seperti Muyu ( diperbuat dari kayu), Luo ( gong ), Chazi ( simbal dan cengceng), dagu ( tambur besar ) dan pigu.
Kemudian adalah wayang Po Te Hi atau di kenali sebagai wayang kantung. Wayaang ini adalah sama sperti Opera Cuma perbezaannya adalah dari segi persembahan dan persediannya sahaja. Dari segi persembahan, ia dimainkan dengan menggunakan kain yang di jahit membentuk ukiran seperti opera cina. Pemainnya akan memasukkan tangan dan jari akan di celahkan ke bahagian kepala dan tangan patung itu. Alat muzik yang digunkan adalah sama dalam opera cina.
Muzik sabah dan Sarawak.
Dalam pembentangan ini, saya mendapat pelbagai ilmu baru dalam muzik sabah dan Sarawak. Namun demikian, kebayakkan fakta yang di bentangkan adalah kurang jelas kerana mereka tidak dapat menjalankan penyelidikan dengan lebih terperinci kerana tidak banyak tempat yang boleh mereka temuramahkan.
Dalam perbentangan ini menyentuh tentang Sumzau, Sumayau, Magunatip, Daling-daling, dan banyak lagi. Pembahagian tarian tersebut adalah berbeza mengikut kaum masing dan juga dipersembahan untuk tujuan serta majlis tertentu. Kebanyakkan alat muzik masyarakat ini lebih kepada alat muzik yang diperbuat dari hasil hutan.
0 ulasan:
Post a Comment