Sunday, August 15, 2010

jurnal minngu ke-5

assalamualaikum. ini adalah jurnal refleksi minngu ke-5 saya meneganai gamelan dan caklempong.
kuliah pada minggu ini berkisarkan tentang gamelan dan caklempong mengenai sejarah, jenis-jenis, alat yang terdapat dalam permainannya, sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur bagi gamelan serta irama bagi permainan caklempong.

            Permainan gamalen pada sejarahnya adalah dipercayai berasal dari Indonesia tetapi terdapat juga alat gamelan di negara jiran sperti Filipina, Thailand,Combodie dan sebahgian Vietnam yang seakan-akan sama dengan Indonesia. walau bagaimanapun, namnya sahaja yang berbeza mengikut tempat masing-masing namun bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama. tetapi sejarah gamelan di Tanah Melayu pada abad ke-18 melalui perkahwinan keluarga Diraja Riau Lingga dengan keluarga Bendahara dan negeri Pahang. kemudian, perkara ini yang sama juga berlaku pada abad ke-20 iaitu gamelan di negeri Pahang berpindah ke Istana Terangganu untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman ( Terangganu ) dengan Tengku Mariam ( Pahang), di situlah bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi. Gemelan ini terdiri dari 2 jenis iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa. gamelan Jawa mempunyai banyak alat muzik berbanding Gamelan Melayu.
              Alat muzik gamelan Melayu terdiri daripada kenong, sarun barun, sarun peking, gong, bonang, gendang dan gambang manakal alat muzik gamelan Jawa terdiri daripada 9 alat muzik : gendang ( ketipung, jiblon dan jebim), bonang/ kromong, demung, saron barung, saron penerus/ pekin, gambang, kenong, kempol dan gong. Sistem tonal gamelan melayu adalah berbentuk Pentatonik yang bermaksud tiada not ke 4 dan 7( 6.1.2.3.5.6.1). Sistem Gamelan Jawa  dimainkan dalam slendro dan pelog. skel pelog mengandungi 7 ton dan tiada jeda diantara 1/2 ton dengan minor ke-3 skel pelog adalah sperti : ( 1,2,3,4,5,6,7 ).
                   Tekstur gamelan adalah polifoni yang bermakna gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. ciri utama gamelan adalah bentuknya yang berulang. fungsi alat gamelan idiofon sperti gong ageng adalah regester paling rendah, gong suwuk penanda masa regster rendah, kenong ( chimer), saron (metalofon) melodi pokok, sarung baron dan peking ( double note). berbentuk bilahan dan gambang (zailofon) yang mempunyai 3oktave. alat muzik bentuk membranofon adalh gendang 2 muka. permainan gamelan tidak mempunyai notasi. muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran. Pada abad ke-19, sistem nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan " repetoire/lagu yang telah berkembang. sitem ini diperkenalkan sebagai sistem kepatihan dan ia kekal digunakan sehingga sekarang.
Seterusnya, permainan Caklempong berasal dari Minangkabau. caklempong dikenali sebagai telempong, tak lempong, talempong. di Malaysia, Caklempong terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Permainan Caklempong ini adalah mengiringi nynayian, taraian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. tarian ini juga berada dalam drama tarian randai.
               Alat muzik dalam permainan Caklempong terdiri daripada bonang, gereteh, tingkah, sauwa atau saua, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. bonang berbentuk tertuwak kecil dan gong. gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada c Major satu oktaf termasuk 7 not pilihan. mempunyai 2 set gereteh supaya memainkan kaunter melodi. Tingkah terdiri daripada lapan 8 biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang dan ketukan berentak melalu. sauwa terdiri daripada lapan biji bonang yang dimainkan mengikut rentak ostinato yang mengikut melodi

 gendang ibu dan anak mempunyai saiz yang berbeza dan dimainkan dalam rentak bertingkah, bangsi pula adalah berbentuk rekorder dan dimainkan skel 7 pic yang berpadanan dengan gereteh dan caklempong. serunai pula terdiri daripada pupuik gadang( diperbuat dari daun kelapa) dan papuik tanduk diperbuat dari tanduk kerbau. kebiasaannya erofon ini membawa melodiyang sama dengan caklempong dan gereteh.

.

0 ulasan:

Post a Comment

 

Blog Pelejar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NAZRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template