Sunday, August 22, 2010

jurnal refleksi minggu ke-6


assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ke-6 saya telah didedahkan dengan tajuk berkenaan Mak Yung dan kompang. Pada kuliah ini saya dapat ilmu baru berkenaan Makyung kerana pada dasarnya saya hanya mendengar namanya sahaja berbanding kompang saya telah mempelajarinya sebagai subjek Major saya semasa di semester 1. Seperti biasa,sebelum kuliah diteruskan, encik Amran akan menayangkan video berkenaan dengan makyung bagi memahamkan pelajar.

MAKYUNG

           Makyung diketegorikan dalam bentuk seni lakon sama sperti menora, mekmulung dan jikey. Bentuk seni lakon yang disampaikan sangat Kuno yang menceritakan tentang lagenda dan mitos. Makyung mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan keperluan dramatik yang berbeza berbanding dengan cara penyampaian wayang kulit. Ini kerana Makyung disampaikan menggunakan pelakon manusia. Makyung disamapaikan melalui keutamaan dengan cra dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental melalui kisah penceritaan.

           Sejarah Makyung berasal dari Patani ( Kerajaan Melayu Lama : Hikayat Patani ) dan sterusnya tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan di sekitar Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan lebih kurang 200 tahun ia telah dipindahkan ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah di bawah naungan Sultan Mohamad ke IV. Tengku Temenggung Ghaffar dari Kampung Temenggung, Kota Bahru bertanggungjawab di bawah naungan beliau untuk perkara ssperti sistem latihan, muzik, kostum diperhalusi secra sistematik. oleh demikian, ia telah bertukar dari tradisi istana ke Tradisi rakyat ( Folk Theater).

           Persembahan Makyung pada tujuan asalnya adalah untuk tujuan Ritual yang dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit. Ia juga ada  dipanggil sebagai sembah guru sebelum memulakan permainan. permainannya juga terletak sama aras panggung dengan aras tanah. Tujuan persembahan mestilah melalui cara lantai panggung didirikan beberapa kakai dari atas tanah, beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung, pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai atau dipanggil (Theater In The Round)

          Cerita asal Makyung adalah bertajuk Dewa Muda iaitu cerita yang berkisarkan cerita rakyat. Didalam Makyung, terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire dan cerita ini dikisahkan melalui dialog,nyayian, tarian dan diiringi muzik vokal dan instrumental. di dalam permainan Makyung terdapat watak-watak sperti Pakyung dan Pakyung Muda ( watak Utama), Makyung dan Puteri Makyung ( Raja Perempuan), Peran Tua dan PEran Muda ( pengasuh) dan tok Wak ( ahli Nujum dan Tukang). menjelang abad 20, peranan watak Utama Makyung di pegaruhi oleh kaum wanita.

         Lagu Makyung terdirit daripada lagu mengadap rebab iaitu lagu yang terpanjang mengiringi nyayian dan taarian Pakyung dan ianya sebagai simbol penghormatan kepadaa rebab serta semangat untuk Makyung.
Lagu kijang Mas pula dimainkan selepas lagu mengadap rebab dan dinyanyikan oleh kumpulan korus dalam keadaan gembira disamping dinyayikan oleh pakyung dan makyung untuk menceritakan sesuatu pada korus. lagu sindung dinyanyikan Pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.

        Di dalam permainan Mayung, terdapat mode persembahan sesebuah lagu yang ingin dipersembahkan. melalui lagu mengadap rebab ini semua pelakon memberi hormat kepada alat muzik rebab, lagu ela bagi menyampaikan cerita dan berita, mengulit Raja Nak Tidur membangkitkan perasaan halus, jembar mengambul membangkitkan perasaan sedih, timang welu atau kijang Mas untuk mengiringi pergerakan berjalan, sedayung pakyung untuk mode kuasa luar biasa sakti iaitu mengubah atau menjelma rupa, sang penyudah bagi mode menyudahi sesuatu persembahan.

       Alat muzik yang terdapat dalam permainan makyung terbahagi kepada 2 iaitu alat muzik utama dan alat muzik tambahan. Alat muzik utama terdiri daripada sepasang gendang, sepasang tertawak dan sebuah rebab 3 tali dan alat muzik tambahan pula terdiri daripada serunai, geduk dan canai. Form atau Bentuk dalam permainan makyung adalah bentuk dan struktur lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan iaitu pusingan dalam jangka tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong. ianya dikawal oleh tertawak serta sistem gongan yang terdiri daripada 8 bit, 16 bit dan 32 bit. Irama makyung menggunakan 4 timbre iaitu pak, duh, cak  dan ting yang mempunyai gaya meningkah( interlocking). Hampir semua lagu makyung berentak perlahan.






KOMPANG.

            kompang berasal dari kebudayan Arab di Asia Barat di timur tengah. Ianya dikenalai sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia ianya dipanggil terbang atau rebana. Kompang dibawa oleh Pedagang Arab kurun ke 13 Masihi dan ianya diklafikasikan dalam membranofon dan dalam kelas kecilnya dipanggil drum kecil. Fungsi kompang dalam masyarakat Melayu adalah untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, maulidurasul dan berkhatan malahan dalam masa kini ia digunakan untuk meyambut ketibaan pemimpin atau acara rasmi.

            Sejarah Kompang adalah terbahagi kepada beberapa pendapat, pendapat pertama bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab. Lirik lagu yang dimaikan selalunya dalam bahasa Arab contonya Selawat Memuji Rasulullah SAW. Permaiana Kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhataian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan sterusnya berkembang sehingga kini manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa ( Abdul Latif Ali, 1980 :12)

           dalam permainan kompang, terdapat adab yang perlu dipatuhi seperti pakaian amat dititik beratkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang, tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis antaranya kompang Hadrah di negeri Perak, Kompang Johor atau Jawa, Kompang Eizhar bagi negeri Selangor dan Kompang Kelalang bagi Negeri Melaka.

          Penalaan Kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaan dengan menggunakan sedak yang terdiri daripada wayar atau rotan. Sedak ditolak dengan kayu penyedak di sekeliling bahagian dalaam diantara baluh dan belulang.

          Di akhir pengajaran, encik amaran telah memberi peluang kepada pelajar untuk bermain kompang serta cara paluan yang betul dan jenis-jenis rentak. kemudian encik Amran telah mengajar cara kompang formasi serta rentak perkahwinan.

0 ulasan:

Post a Comment

 

Blog Pelejar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NAZRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template