Sunday, August 29, 2010

Jurnal Refleksi minggu ke-7

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia. Pada Kuliah Minggu ke-7 ini adalah kuliah berbentuk perbentangan oleh 2 kumpulan menegenai sejarah muzik tradisional di Malaysia dan zikir.

Sejarah Muzik Tradisional di Malaysia.


Sejarah perkembangan muzik tradisional di Malaysia telah bermula pada zaman melayu proto dan Deutro pada 300 S.M lagi. Alat muzik pertama yang dijumpai ialah alat muzik yang dalam ketegori erofon ialah seruling. alat ini dipercayai digunakan oleh orang-orang Primitive Homo Sapiens pada zaman itu yang diperbuat daripada tulang binatang. Seterusnya alat ini berkembang ke seluruh lembah Mesopotamia untuk tujuan upacara keagamaan dan perubatan.

Alat muzik tiupan seperti seruling telah sempurna dari segi pembuatannya serta digunakan untuk menhiburkan raja-raja di Mesir. di India, Murli-double Clarinet diperbuat dari sejenis labu. alat muzik serunai ialah alat yang menggunakan pipit dua lapis dan terdapat di seluruh dunia.

Pengaruh dari india, China dan Timur tengah bermula pada awal aktiviti perdagangan pada abad pertama masihi. Sejak abad ke-2, pengaruh India mula berlumba-lumba keluar mencari pulau, semenanjung, bumi emas apabila bekalan emas bermula dari empayar rom terhenti. Proses pengindiaan bukan saja dijalankan oleh pihak india sahaja tetapi oleh orang Asia Tenggara. Kepercayaan, Bahasa, Huruf India, Kesenian, Pentadbiran dan Kesusasteraan adalah ciri Tamadun yang dibawa balik. Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik bagi menghubungkan China dan Barat.

Kedatangan Isalam ke Tanah Melayu didapati bermula pada abad ke 7 masihi. kesenian berasaskan unsur Hindu-Animisme bermula pada zaman sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu. Selepas kedatangan Islam, Isalam telah menerapkan unsur-unsur bacaan ayat-ayat suci sebelum memulakan sesuatu persembahan.
 Selepas kedatangan Isalam wujudlah tarian sperti Zapin dan nyanyian berbentuk memuji Allah, Nabi dan para sahabat seperti Hadrah, Rodat, Dabus dan dikir rebana. Nekara, Marua, gedombak, kompang dan rebana merupakan alat muzik selepas kedatangan Isalam.

Selepas kedatangan China, India dan Arab di Tanah Melayu, alat muzik seperti rebana, gambus dan sitar terdiri faripada keluarga kordofon manakala, serunai dan seruling dari ketegori aerofon. alat muzik membranofon pula ialah kompang dan idiofon ialah gong. seni persembahan yang dibawa masuk adalah seperti wayang kulit dari Indonesia, hadrah, ghazal dan darbus adalah dari arab manakala nobat adalah dari pasai dan bangsawan dari India.

pada kurun ke-14, terdapat kesan penjajahan dari Portugis, Belanda dan Inggeris. akibat dari kesan penjajahan ini terdapat kesan perubahan dari persembahan yang membawa masuk tarian, biola, gitar dan clavichord. kesan penjajahan Belanda pula membawa masuk alat muzik seperti mandolin, banjo, gittern. Pedagang eropah pula membawa masuk alat muzik sperti piano, trumpet, dan seksofon yang mula bertapak di pulau pinang.

ZIKIR

 Sebelum sesi perbentangan bermula, sperti biasa group ini menayangkan video-video berkenaan tajuk kumpulan mereka. Dari sudut makna zikir ini bermaksud mengingatkan diri kepada Allah S.w.t di mana sahaja kita berada dengan cara bertafakur mahupun lirik. zikir yang dibolehkan oleh syarak ialah melalui ucapan, perbuatan atau hati.

Zikir ini terbahagi kepada 2 iaitu zikir Qalbi. zikir Qalbi ini dilakukan untuk mengingati Allah di dalam hati. zikir yang kedua adalah Zikir Lisani ialitu zikir yang dilakukan untuk mengingati Allah melalui lidah atau sebutan. kedatangan zikir di tanagh melayu bermula pada abad ke7 selepas kedatangan Isalam ke Tanah Melayu. sterusnya zikir ini dijadikan amalan dan panduan hidup umat islam sehingga sekarang. kini zikir ini di amalkan dalam amalan sperti majlis , berkhatan. khatam quran dan juga majlis rasmi.

 Dalam zikir juga terdapat perbezaan dengan selawat dan berjanji. zikir ini merupakan kata yang mengagungkan Allah S.w.t, berjanji merupakan syair untuk nabi Muhamad S.a.w yang berbentuk puji-pujian. Selawat pula adalah merupakan pujian ke atas nabi dan rasul dan tidak terhad kepada Rasululullah sahaj.

0 ulasan:

Post a Comment

 

Blog Pelejar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NAZRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template